Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

JGN NYANYI LAGU NI!!!

email by BELLE

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti


Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes
Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir
walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama
Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis
sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam.
Berhati-hati! takboletakboletakbole
Category: 0 comments

Pendedahan Eksklusif: Bala Tsunami turut menimpa pengkalan tentera Amerika Syarikat

Email by Awin


Dilulus terbit pada Sunday, January 16 @ 20:58:40 MYT oleh Webmaster
Oleh : Jamaludin al Afghani Jr

Bala Tsunami pada 26 Disember 2004 yang telah menimpa Aceh, Utara Malaysia, Phuket, India, Sri Lanka dan Tanzania turut menenggelamkan Pulau Diego Garcia milik Amerika Syarikat yang terletak di lautan Hindi.

Berita ini walaupun dilaporkan oleh Harian Metro pada keluaran seminggu yang lepas, tetapi media antarabangsa tidak memperbesarkannya kerana pulau tersebut adalah merupakan sebuah pulau yang menempatkan pengkalan tentera udara Amerika yang terbesar.
Malapetaka yang menimpa Amerika Syarikat ini telah menyebabkan presiden negara tersebut gundah gulana selama dua hari selepas tragedi 26 Disember tanpa membuat sebarang kenyataan media. Pembaca boleh menyelak semula akhbar lama dan akan mendapati bahawa George Bush baru bersedia untuk membuat kenyataan media terutamanya berhubung dengan malapetaka tersebut pada hari ketiga selepas kejadian.

Difahamkan apa yang menyedihkan Bush ialah kerana Amerika baru sahaja dalam tempoh sebulan dua ini berjaya menyiapkan satu kekuatan baru di pulau tersebut dengan persiapan senjata-senjata canggih terkini, tentera dan yang paling penting adalah perisik-perisik Amerika yang bertugas di pulau tersebut. Bala Tsunami telah melenyapkan terus pulau itu bersama-sama dengan 5,000 orang tentera, perisik dan senjata.

Mengikut satu sumber, persiapan terkini Amerika di pulau tersebut adalah bertujuan untuk melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran dalam satu tempoh masa yang terdekat kerana Amerika gagal berkompromi dengan Iran melalui tuntutan supaya Iran mengiktiraf negara haram Israel.

Penulis amat menyakini bahawa ini semua adalah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di samping petunjuk masjid-masjid di tempat kejadian dipelihara oleh Allah daripada kemusnahan. Perancangan jahat Amerika dan sekutunya regim haram Israel ke atas Iran sebagai sebuah negara yang mendaulatkan sistem Islam telah digagalkan oleh perancangan Allah yang lebih sempurna.
Sejarah ketika berlakunya perang Iraq- Iran ciptaan Amerika selama lapan tahun telah dimenangi oleh Iran walaupun negara tesebut tidak mendapat bantuan dari mana-mana negara pun.

Iraq yang dibekalkan dengan berjuta-juta tan senjata oleh Kuwait, Arab Saudi, Turki dan negara-negara bersekutu Amerika yang lain tidak mampu mengalahkan Iran yang hanya bergantung kepada kekuatan dalaman rakyatnya yang cintakan mati syahid.

Pernah satu ketika seramai 70,000 tentera yang lengkap dengan kereta kebal bergerak dari tanah Iraq menuju ke Iran gagal memasuki sempadan Iran yang hanya disertai oleh seribu tentera bersama dengan kereta kebal. Bukankah ini merupakan satu tanda bantuan daripada Allah?

Semasa di peringkat awal kemenangan revolusi Islam Iran, Jimmy Carter presiden Amerika ketika itu menghantar 5 buah helicopter tempur untuk menyelamatkan tawanan rakyat Amerika di bandar Qom. Helicopter-helicopter tersebut terhempas apabila ribut pasir berlaku. Setelah peristiwa itu berlaku, Carter mengarahkan operasi tersebut dihentikan serta merta.

Tanda-tanda Islam akan bangkit semula sedang berlaku sekarang terutama sekali apabila regim haram Israel mengalami kekalahan yang memalukan di tangan Hizbullah sebuah pergerakan kerdil di Lubnan sehingga memaksa regim tersebut berambus dari Lubnan.

Apa yang penulis harapkan agar peristiwa-peristiwa ini dapat dijadikan iktibar dan tauladan supaya seluruh generasi Muslim kembali semula ke pangkal jalan dengan membawa kemulian panji-panji Islam selaras dengan tuntutan Rasulullah SAW.
Segala sengketa dan permusuhan sesama Muslim wajib dihentikan demi menghadapi musuh yang sama iaitu Amerika dan regim haram Israel, dajal yang telahpun muncul sejak kurun ke-20 dalam bentuk sistem untuk menghancurkan jati diri Muslim dan umat dunia sekeliannya.

Jamaludin al Afghani Jr
afghani_jr@yahoo.com
Category: 0 comments