KES PUKAU DAN SAMUN

email by belle

Saya ingin berkongsi pengelaman, kisah benar yang berlaku di rumah jiran saya semalam (11 Februari 2009) lebih kurang jam 4.30 petang.

Kira-kira jam 4.00 petang, 2 orang lelaki berbangsa Cina(suspek) telah
mengunjungi kawasan kejiranan di kampung saya dengan menawarkan
penukaran 2 botol minyak kosong dengan sebotol minyak masak Cap Buruh 5kg yang baru. Mereka telah datang mengetuk setiap pintu rumah
termasuklah rumah saya.

Akhirnya dia tiba di rumah jiran saya dan dia bersetuju memberikan botol
minyak masak kosong yang disimpan di belakang rumah dan seperti yang dijanjikan dia diberikan sebotol minyak masak baru, suspek kemudiannya memberikan sebatang pensil(bertulisan cina) dan meminta jiran saya mencabut sehelai daripada beberapa helai kertas bergambar yang dipegang.

Sebaik sahaja kertas tersebut dipegang jiran saya sudah tidak ingat apa
yang berlaku, dia telah menyerahkan semua barang-barang kemas miliknya
dan anak2nya kepada 2 orang suspek tadi dan hanya menyedari apa yang
berlaku selepas 10 minit suspek meninggalkan rumahnya.

Suspek berbangsa Cina ( seorang gemuk dan seorang kurus) bercakap dalam loghat Sabah dan salah seorang darinya mempunyai tattoo di tangan.
Mereka dikatakan menaiki kereta proton satria berwarna Merah.

Tolong sampaikan pesanan kepada isteri/ anak/ ibu/bapa/pembantu rumah anda yang berada di rumah agar berhati-hati dan jangan terpedaya dengan apa jua tawaran barangan percuma walaupun sebatang pensil. Aduan polis telah pun dibuat dan polis yakin suspek masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh dan akan terus meluaskan kegiatan secara berkumpulan ini di beberapa kawasan lain termasuk Klang dan Shah Alam.



Sekian Wassalam.

Norashikin Baharudin
Pengurus
Unit Pentadbiran
Bahagian Khidmat Pengurusan
Institut Integriti Malaysia
Tel : 03-6209 2042
Fax : 03-6203 1005
Category:

No comments:

Post a Comment